Tuesday, May 31, 2011

Thank You Nuffnang [Siri 3] - Hoodwinked Too

I win again!! hahaha.. thank you NUFFNANG for the free movie tickets =)

Jeles la tu.. hahaha.. mood happy berterusan sampai hari ni.. tengahari tadi check email.. tetiba dapat email dari Nuffnang kata aku menang tiket Premier Screening Hoodwinked Too: Hood vs Evil.. like sangat2..

Ni kali ketiga berturut-turut aku menang tiket dari Nuffnang.. ni la rezeki namanya.. hmm yang ni 3D ke tak eh.. takpe la,mana2 pun ok =)


Cakap Mesti Serupa Bikin

Dah jadi adat dan budaya orang kita,kalau bercakap tu tak sah kalau tak berapi.. tapi selalunya aku tengok,cakap je lebat.. tapi habuk pun tarak.. lebih senang kita bercakap, mengarah, mengomen orang lain daripada buat sesuatu tindakan dengan sendiri.. lebih senang untuk kita menilai kesalahan orang lain daripada menilai kesalahan diri sendiri..

Bak kata orang, kuman kat seberang laut kita nampak, tapi gajah depan mata tak nampak.. salah orang terang2 kita nampak.. lepas tu siap puji diri sendiri lagi duk kata kita ni bagus.. bukan diri kita sendiri untuk menilai kita ni bagus ke tak, biarlah orang lain yang menilai kita sebab kita akan nampak benda yang bagus2 je tentang diri kita.. kadang2 kita tahu sesuatu benda tu memang kekurangan atau silap diri sendiri, tapi ego dalam diri saja yang menafikan semua tu.. biasalah,sape nak mengaku berak kat tengah jalan.. tengok je la orang kat kedai kopi, kalau nak hentam kerajaan, berapi kaw2 kalah ahli parlimen cakap.. tapi bila orang suruh bersuara dalam mesyuarat,semua diam.. lepas tu komen lagi bila orang buat keputusan..


Lagi satu, tak payah la kedekut kalau hal2 berkait dengan duit ni.. dalam hadith pun ada sebut salah satu sebab kebinasaan hidup ialah terlalu bakhil dengan diri sendiri.. kalau dengan diri sendiri pun kedekut sampai sampai sanggup berlapar,baik tak payah cari duit.. duit yang kita dapat tu untuk diguna,bukan untuk disimpan je.. tak guna kalau ada duit banyak tapi takleh pakai.. haish~

Monday, May 30, 2011

Senyuman Di Pagi Hari

Bukak mata pagi2,tak tahu apa nak cakap, tapi aku rasa hati aku macam happy semacam je.. currently in lalalala mood~ hahaha.. merawat kedukaan hati menyaksikan kekalahan Manchester United di tangan Barcelona.. tapi kira ok la tu.. dah masuk final ape..team lain tu banyak cakap je,tapi satu trofi pun tak sentuh season ni.. kalau setakat dalam liga pun boleh kalah 8-9 game, tak payah la nak mengata MUFC.. hohoho.. kalah dengan Barcelona,biasa la tu.. Mourinho pun pening kepala nak lawan depa ni.. 

Nak kata happy pun,aku rasa tak la sangat.. tapi hati tu macam senang sikit.. mungkin adik laki aku dah balik rumah, so dah lengkap dah family ni kat rumah.. ada plan baik punya nak berjimba-jimba ni.. hadoi,gaji tak masuk lagi ni.. lambatnya.. kalau dah masuk,boleh la nak jalan2,beli barang2 bilik ni.. 


Semalam ada peminat setia blog ni bagi cadangan supaya aku buat short stories dalam blog ni.. haish~ short story pasal apa ek?? kalau nak bercerita ni, i'm not a good story-teller, even not a good narrator at all.. kalau nak merapu topik yang ntah apa2 tu boleh la.. kalau masa2 kecik dulu mungkin boleh la sikit2 sebab masa dulu2,aku suka jugak tulis cerita ni.. dulu,siap berangan lagi nak tulis novel atau cerita bersiri,tapi bila umur dah lanjut ni,idea pun dah kering.. dah lama tak baca novel or short story dari mana2 majalah,so takde idea sangat la nak tulis.. nak senang cerita,bagi aku satu nama yang aku kenal then aku ceritakan dalam blog aku riwayat hidup dia (nak kutuk2 sekali pun boleh..hehehe).. especially budak yang bernama Syed Ahmad Muzzamir (lelaki jambu katanya)..

Seronok jugak boleh cerita pasal orang ni.. bukan nak mengumpat.. tapi nak story morry hal hidup dia.. sekurang-kurangnya boleh promote nama dia sekali dalam blog ni.. haha tapi nak buat nak promote nama,bukannya nak jadi PM pun.. hahaha.. nak ber'facebook' pun sekarang ni dah bosan.. so aku prefer untuk view je post2 kawan aku kat home.. nak klik button like pun dah malas.. tengok kat fb group pun bosan,asyik duk post benda sama je.. cuba la bukak new topic sikit.. haish~

Sunday, May 29, 2011

Saham Untuk Akhirat

Dari Abu Hurairah RA, bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda: “Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga hal : amal jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak salih yang mendo’akannya” (HR. Bukhari)

Berikut contoh, sedekah (amal) jariah, yang pahalanya terus mengalir walaupun si pemberi sedekah telah meninggal dunia :

1. Berikan Al-Quran pada seseorang, setiap saat Al-Quran tersebut dibaca, anda mendapatkan kebaikan.
2. Ajarkan seseorang sebuah do’a. Pada setiap bacaan do’a itu, anda mendapatkan kebaikan.
3. Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda mendapatkan kebaikan.
4. Tanam  pohon. Setiap seseorang atau haiwan berlindung di bawahnya atau makan buahnya, anda dapat kebaikan.
5. Tempatkan pendingin di tempat awam.


6. Edarkan bacaan yang boleh membangunkan seseorang.
7. Libatkan diri dalam pembangunan masjid.
8. Edarkan CD Quran atau do’a.
9. Bantu pendidikan seorang anak.
10. Edarkan pengetahuan ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal di atas, anda dapat kebaikan sampai hari kiamat.

Medley Lagu Rekaan Shauki Maravilla

Ni kes takde kerja la ni..sambil2 tunggu game final Champions League Barcelona v Manchester United.. Agak2 sape menang nanti..? favourite team yg diundi oleh pakar dan pemerhati bola sepak seluruh dunia memihak kepada Barcelona tapi bagi aku,tak mustahil MUFC boleh menang sekaligus meranapkan ego Barcelona.. Glory Glory MUFC.. sambil2 tunggu game nak start,aku nak layan mood aku sendiri dengan menggabungkan lirik2 lagu yang aku suka dengar dan layan dalam lagu2 tersebut.. (medley la sangat).. tak suka takpe, bukan paksa baca pun.. hahaha..

Tiada puisi atau lagu
Tiada potret tiada lagu
Yang dapat ku ilham seindahmu
Nyata kau satu dalam berjuta
Wahai jelita kau istimewa

pom..pom..pom..

Ku petik gitar akustik ini
Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang ku cipta
Hanya untuk luahkan rinduku padamu

pom..pom..pom..

Telah lama ku pendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku mencintaimu pun adalah
Bahagia untukku,bahagia untukku

pom..pom..pom..

Dan mungkin bila nanti
Kita kan bertemu lagi
Satu pintaku jangan kau coba tanyakan kembali
Rasa yang ku tinggal mati
Seperti hari kelmarin saat semua disini

nom..nom..nom..


Tenetttt..dah habis.. masa untuk layan final match pulak.. Arigato!

Friday, May 27, 2011

Rambut Gugur.. Haish~

Berapa banyak rambut harus gugur setiap hari? 

Lebih kurang 90% daripada rambut di kulit kepala berada dalam fasa pertumbuhan manakala 10% lagi berada dalam fasa rehat. Setiap hari beberapa helai rambut akan gugur mengikut kitaran di mana lebih kurang 100 helai rambut boleh gugur dalam sehari. 



Petua mengurangkan rambut gugur yang disebabkan faktor kurang normal:

Tuan blog ni pun menghadapi masalah rambut yang gugur. So aku try la google kat mana2 page yang sesuai untuk aku amalkan.. boleh ke?? Hmm ntah la,boleh la kot.. petua orang tua la katakan..cuba dulu baru tau..

Dapatkan daun lidah buaya, ambil lendirnya sahaja. Kemudian campurkan lendir daun lidah buaya ini bersama dengan bunga raya putih dan juga daun bunga tersebut. Ketiga-tiga bahan ini dimasukkan ke dalam blender dan blend menggunakan sedikit air (sedikit sahaja). Setelah itu sapukan ramuan yang telah siap tadi ke akar rambut. Pastikan ia kena pada seluruh kulit kepala. Biarkan selama lebih kurang 30 min, kemudian mandi dan bilas rambut seperti biasa. Bagi mereka yang mempunyai masalah kelemumur, syampu rambut menggunakan jus buah limau purut. Hasilnya, anda akan dapat lihat sebaik sahaja rambut anda mula mengering. Dalam petua ni cakap, yang pasti, anda akan merasa cukup selesa selepas itu. Cubalah!

Part Time Job

Hooray!! Cuti!! eh,orang lain dah lama dah cuti,kenape aku sorang baru nak cuti? Huhuhu.. yela,lepas final exam hari tu, ada program kat Jempol,Negeri Sembilan.. lepas habis program,balik rumah kt kelate, terus kena gi lapor diri kat sekolah.. pendek kata,cuti aku baru je start hari ni.. hehehe.. tu pun 2 minggu je sempena cuti penggal sekolah pertengahan tahun ..tapi takpe la,boleh la berehat kejap kat rumah.. Hmm I miss my holiday soo much!! (takde keje la tu)..


Member2 lain ramai yang dapat part time job sementara cuti sem 4 bulan ni.. ada yang keje jadi baby sitter jaga budak2 umur 2 3 tahun, tukang cedok pop corn kat panggung wayang, keje kt customer service kt private company.. hmm bestnye diorang ni.. lama betul cuti ni,kalau duk rumah je memang bosan la.. nak pergi holiday mana2 pun rasa macam tak best sebab poket kering.. at least bila dah keje ni,boleh la nak berangan sikit nak beli barang atau pape je yang kita nak.. lagipun raya dah nak dekat ni..

Tapi kesian gak tengok member aku sorang ni, sijil SPM hilang, so susah la sikit nak mintak keje..sijil SPM ni penting sangat kalau nak mintak keje pape pun..so simpan la leklok.. letak dalam peti berkunci, jangan simpan dalam peti ais pulak.. hohoho.. Ada pulak member aku yang sorang ni demand lebih2 pulak masa nak mintak keje.. ada ke patut nak mintak keje yang ada style je, taknak keje malam sebab nak tengok bola,gaji nak tinggi.. orang offer keje kat kedai dobi,dia cakap tu last choice kalau dia tak dapat keje lain.. alasan dia, tak jantan la kalau keje kat dobi.. hadoi.. kalau nak jantan sangat, keje la kat kedai repair motor bawah rumah tu.. tu baru jantan beb.. hahaha.. pape pun,aku ucapkan good luck kepada kawan2 aku yang ngah cari part time job..

Thursday, May 26, 2011

Siti Nurhaliza,Jaclyn Victor Join Wataniah!

KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dijangka menyertai Rejimen Askar Wataniah dalam masa terdekat, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Siti Nurhaliza bersetuju menyertai Askar Wataniah atas sokongan suaminya," katanya kepada pemberita pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 Jabatan Latihan Khidmat Negara dan Pemakaian Pangkat Kolonel Kehormat kepada Ketua Pengarah jabatan itu, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil di Kementerian Pertahanan di sini hari ini. 


Seorang lagi penyanyi, Jaclyn Victor, dan bekas pengacara TV3, Maznah Zolkifli turut melahirkan hasrat menyertai pasukan sukarelawan itu, kata Ahmad Zahid yang turut mengajak beberapa pelakon lelaki untuk menjadi askar wataniah. "Mereka dijangka menyertai dalam masa terdekat dan majlis pelancaran akan dijalankan sebelum mereka menjalani latihan sebelum bulan puasa," katanya. Sesiapa yang menyertai Rejimen Askar Wataniah perlu menjalani dan menamatkan latihan 39 jam dalam masa setahun mengikut kelapangan masing-masing sebelum ditauliahkan. 

Ahmad Zahid berkata selebriti yang menyertai rejimen itu dapat dijadikan sebagai ikon untuk menarik minat lebih ramai individu di bawah usia 35 tahun menjadi askar wataniah. Beliau juga berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia menjalankan tugas sampingan bagi misi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa yang terlibat dalam bencana alam. Katanya meskipun tugas hakiki ATM khususnya Tentera Darat adalah menjadi benteng menjaga kedaulatan dan keamanan negara, pasukan itu sentiasa bersedia menjalankan misi yang memerlukan khidmat mereka.

"Malaysia adalah sebuah negara aman dan tidak terlibat dengan perang maka dalam keadaan aman, tentera darat dan lain-lain perkhidmatan bersedia untuk menjadi tentera ''rakyat''," katanya.

Ahmad Zahid berkata ATM mempunyai aset, peralatan dan jentera yang lengkap serta anggota-anggota yang terlatih untuk menghadapi keadaan darurat termasuk bencana alam.

Dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat pada Sabtu lalu, beliau telah meminta Panglima Angkatan Tentera (ATM), Jen Tan Sri Azizan Ariffin dan Panglima Tentera Darat Jen Datuk Seri Zulkifeli Mohd Zin menghantar anggota tentera untuk membantu.


Bila artis dah join askar wataniah ni,kita bila lagi? PLKN pun macam2 alasan dibuat.. hehehe..

Majlis Perpisahan

Semalam ada majlis perpisahan dan persaraan Penolong Kanan 1 SK Mulong 2..so tak payah mengajar hari ni..tapi bukannya boleh dok bersenang lenang je.. majlis grand ni.. still kena serius.. huhu.. dah lama aku tak dengar bunyi tepukan kanak2..teringat balik kenangan masa kat sekolah rendah dulu.. segar lagi dalam kepala ni.. dengar murid2 tepuk tangan bila ada performance dari students lain.. 

Rasa happy pulak bila dapat tengok performance dari murid2 ni.. muka diorang semangat je time nyanyi kat atas pentas sempena penghormatan kepada PK1.. nampak muka sorang2 yang nyanyi tu ikhlas sangat.. Mula dengan lagu dulu2 (tak ingat ape tajuk lagu), lagu Sudirman.. lagu Agnes Monica pun ada, Matahariku..hehe.. boleh tahan la.. Persembahan dari pihak guru perempuan pun tak menghampakan.. kat bawah ni aku ada nak upload salah satu video persembahan diorang..tapi ada problem skit.. takpe la,next time aku cuba upload lagi video2 ni.. nanti pakar2 boleh la komen.. haha ^_^

Tengahari pulak ada jamuan.. fuhh makanan penuh atas meja.. tak tau nak pilih yang mana dulu.. aku mulakan dengan yang paling dekat dulu.. cendol.. yang paling best makaroni.. durian pun ada.. terbaik la jamuan sekolah ni..lain kali buat la banyak2 sikit jamuan macam ni..boleh makan free selalu.. hahaha.. 

Gambar Program KGO Perdana di Jempol (masuk paper Utusan Malaysia 25 Mei 2011)

P/s: ada orang kata aku sekarang ni macam dah berubah sikit.. ape ek? aku pun tak faham.. haish~

Tuesday, May 24, 2011

Alahai Murid Ku~

Sejak aku mempunyai kerjaya tetap untuk tempoh sebulan lebih ni,rasanya jarang sangat aku update story morry dalam blog ni..bukannya sibuk sangat,tapi bila dah balik dari sekolah,terus nak makan dan tido je..takde benda lain dalam kepala..malam pulak tengok citer jepun (mood sekarang ni nak layan citer Yamada Taro Monogatari).. kadang2 curi masa sikit nak online..tapi tak cukup masa nak berblogwalking ni..


Baru 5 hari aku bergelar sebagai guru ganti,dah 2 hadiah yang aku dapat dari murid kesayangan aku..nasib baik aku lapor diri lepas Hari Guru 16 Mei,kalau tak,mungkin bertimbun hadiah yang aku dapat..hahaha perasannye mamat ni..pagi tadi, aku tengah sibuk duk bagi arahan suh budak Darjah 1 lukis gambar,tiba2 datang sorang murid ni..aku ingat dia nak pergi toilet.. rupa2nya dia bawak satu benda kecik, bungkusan.. kecik.. Rupa2nya tu hadiah untuk aku..aku pun tak pasti kenapa budak tu bagi hadiah time2 camni.. tapi takpe la, aku anggap tu sebagai penghargaan dari seorang murid kepada cikgunya..

Al-kisahnya nak mengajar murid darjah 1 ni bukannya senang..kalau kita suh dia duduk,5 minit lepas tu dia bangun balik..lepas tu ramai2 nak kuar pergi toilet..penat nak layan diorang ni..sekarang ni baru aku tau apa maksud bagai lilin membakar diri untuk menerangi hidup orang lain..memang la,aku ni sampai terbakar hati nak jaga diorang,tapi kena la sabar..kejayaan takkan datang kalau kita tak sabar..murid2 ni la yang akan mewarnai sebahagian hidup aku walaupun untuk tempoh yang sangat singkat.. cewah.. hahaha

Saturday, May 21, 2011

Hadiah Jeruk Mangga

Al-kisah tentang pelajar tahun enam di sebuah sekolah rendah yang menyambut hari guru. Masing - masing berebut - rebut nak memberi hadiah kepada cikgu kesayangan mereka, Cikgu lina.

Apabila loceng tamat kelas dibunyikan, beraturlah murid tahum Enam Cemerlang untuk memberi hadiah kepada guru kesayangan mereka itu. Dari kad berukuran biasa hinggalah kepada kad yang sebesar gajah.


Tibalah giliran Leha, ketua kelas, dengan kotak yang bersaiz besar dan cantik, lain dari yang lain menghulurkan hadiah tersebut kepada Cikgu Lina.

Tapi sebelum itu, sambil tersenyum simpul si Leha meminta cikgunya meneka isi kandungan kotak itu.

Maka jenuhlah Cikgu Lina meneka. Bermula dengan kek sampailah kepada lampu tidur, semuanya disambut dengan gelengan kepala si Leha tanda salah.

Dengan tidak semena - mena, ada cecair yang meleleh dam menitis dari bucu kotak itu. Dengan lajunya, Cikgu Lina mencalit titisan cecair itu dengan jarinya lalu memasukkan kedalam mulutnya dan merasa.. "Hmmmm..... masam.... ha.... cikgu tau dah... kamu hadiahkan cikgu jeruk mangga ye. Mana kamu tahu favourite cikgu ni? Pandainya...

"Errrr....sebenarnya kan cikgu...saya hadiahkan cikgu ANAK KUCING," terang Leha sambil bersedia nak blah......

Friday, May 20, 2011

Doktor Pula Hilang

JITRA: Doktor Mohd Noor Azam Mohd Nazri, 26, dari Taman Bunga Raya di sini dikhuatiri hilang setelah gagal dihubungi anggota keluarganya sejak empat hari lalu.

Bapanya, Mohd Nazri Wan Senik, 54, berkata beliau menyedari kehilangan anak pertama dari lima beradik itu apabila gagal menghubunginya ketika hendak menjemputnya pulang dari tempat kerjanya di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.

"Saya banyak kali membuat panggilan tapi tidak berjawab, kemudian saya ke wad tempat dia bertugas dan dimaklumkan oleh petugas wad berkenaan yang dia tidak datang kerja. 

"Masa saya hantar di ke HSB dia lengkap berpakaian seragam doktor dan tidak menyangka dia tidak masuk kerja seperti kebiasaanya.

"Saya cuba mencarinya di sekitar hospital itu tetapi gagal," katanya di sini, hari ini.

Graduan dari Moscow Medical Academy itu sedang menjalani latihan di HSB sejak Oktober tahun lalu.

Ibu Mohd Noor Azam, Natrah Shaari, 52, berkata berikutan bimbang akan keselamatanan anaknya itu, satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu pada Selasa bagi membolehkan pihak polis berusaha mencari anaknya.
 
"Saya bimbang sesuatu yang buruk menimpanya. Dia seorang anak yang baik dan tidak membantah cakap orang tua malah hubungannya dengan keluarga amat baik.

"Saya merayu kepada orang ramai yang jumpa anak saya segera hubungi balai polis berhampiran bagi membolehkan dia kembali ke pangkuan keluarga," katanya.


Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Noor Azam boleh menghubungi IPD Kubang Pasu di talian 04-9172222 atau Balai Polis Langgar, 04-7876222.

Bila Law Student Jadi Cikgu

Baru je balik dari Shah Alam,terus dipanggil bertugas sebagai guru ganti di Sekolah Kebangsaan Mulong 2, dekat je ngan rumah aku.. So dengan rasminya pada 18hb Mei 2011,aku bergelar seorang guru..hehehe.. Hari pertama dalam hidup aku sebagai seorang pekerja yang dibayar gaji.. Mula-mula nervous jugak bila dapat tawaran untuk ganti cikgu Bahasa Inggeris.. yela,dah la tak sempat nak ready apa2 pun,terus je pergi lapor diri kat pejabat tu.. takut, berdebar, cuak, happy, teruja.. semua perasaan ada dalam hati aku time tu.. hahaha..

Tak sampai setengah jam aku lapor diri,dah kena masuk kelas..nasib baik darjah 1..

Aku mula melangkah masuk ke kelas 1 Gigih..

"Assalamualaikum Cikgu!!" satu kelas bagi salam kat aku..masa tu aku rasa nak tergelak sebab ni first time dapat greeting dari murid..hehehe.. aku tengok muka murid dalam kelas tu sorang2..sume semangat tengok muka aku sebab aku cikgu baru kat sekolah tu..huhuhu..

Mula2 aku fikir senang je kalau nak ajar murid darjah 1 ni..rupa2nya lebih susah dari yang aku bayangkan.. betapa susahnya nak kawal budak2 tu dalam kelas,Tuhan je yang tahu.. Habis je kelas tu,masuk pulak kelas darjah 2..yang ni senang sikit nak control murid sebab dah besar..so diorang dah pandai dan lebih matang dari darjah 1..yang paling senang nak ajar,control dan bagi arahan ialah murid darjah 4.. semuanya dah bijak pandai..time aku cakap, diorang diam tanda hormat..

Tapi yang paling best,baru 2 hari aku mengajar,dah dapat hadiah dari murid darjah 1 sempena Hari Guru..terima kasih banyak2 untuk penghargaan tu..hehehehe~

Cikgu Shauki
Al-Fatihah untuk Allahyarham pemilik blog telordibasuh yang telah menghembuskan nafas yang terakhir semalam (19 Mei 2011)..semoga roh beliau ditempatkan bersama golongan yang beriman..

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru

Saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru 
buat semua guru,bekas guru dan bakal guru di Malaysia..
TERIMA KASIH kepada cikgu2 di PASTI LABOK, 
PRA-SK LABOK, SK LABOK, 
SK KADOK, MRSM LENGGONG, 
UITM KUANTAN dan UITM SHAH ALAM. 
Semua orang yang pernah mengajar, mendidik dan 
bagi tunjuk ajar kepada kita,adalah seorang guru 
walaupun dia tidak berpangkat cikgu,
termasuklah mak dan ayah kita..
jangan dilupa jasa orang kepada kita..



Fuhh lega..dah habis tanggungjawab aku kat sini..baru balik dari Bandar Sri Jempol, ada program fasilitator dengan budak2 Form 4 dari sekolah sekitar sini..seronok dapat jumpa fasi2 abru dalam GPMS dan peserta2 Kem Gerakan Obor Perdana 2011..Minta maaf atas segala kekurangan program ni..

Sepatutnya aku balik kelantan hari ni,tapi sebab bas lambat sampai ke shah alam,dan mata aku letih sangat semalam,terpaksa la aku landing awal2 lagi..barang tak pack lagi,rumah sewa tak kemas lagi..banyak barang lagi tak siap..malas la nak bertolak lewat,dah la jauh..so terpaksa la ubah jadual,aku bertolak balik kelantan pagi esok..

Hmm kalau bas tu sampai awal kat shah alam ni,boleh je nak gerak balik hari ni..tapi yela,terpaksa la ikut suara majoriti yang nak balik lambat..boleh je bas tu sampai dalam pukul 9 lebih semalam..takpe la,mungkin aku sorang je yang ada hal hari ni,so terpaksa la ikut kan..bukan nak merungut,tapi ikut rasional la sikit..bagi orang yang tak tahu dan tak faham masalah dan keadaan semalam,memang sedap je cakap..kalau nak cakap,sume benda kita boleh cakap kan..itik pun boleh jadi ayam kalau nak ikutkan mulut ni bercakap..takpelah,benda dah lepas..kalau nak ingat pun,tak guna jugak..bukan boleh ubah apa2 pun..pape pun,still enjoy dengan program tu..thanx untuk semua yang terlibat.

Saturday, May 14, 2011

Tabiat Buruk Dalam Tandas

Aishh..euww..nak tulis pun dah rasa geli..ish buang semua fikiran kotor tu jauh2..kita fikir positif je..hehehe..agak2 korang la kan,apa posisi yang sesuai masa kita tengah melunaskan hajat dalam tandas??tau2 la hajat apa kan..kalau pergi mana2 shopping mall,mesti ada tandas awam kan..tiap2 bangunan kerajaan mesti ada tandas kan?so tak payah cerita la apa itu tandas sebab setiap rumah pun ada tandas..tapi 2 3 minggu ni fikiran aku agak terganggu dengan benda2 alah yang tak penting ni.. tak tau la apa sebabnya.. hehehe.. macam mana korang duduk ek masa hajat tu hampir tertunai??? hikhikhik..


1. kalau tandas duduk,secara normal orang akan duduk je la atas mangkuk tu..dah nama pun tandas duduk..dan muka dia akan menghadap ke dinding atau pintu (bukan menghadap ke arah tangki)..tapi ada je orang yang duduk mencangkung atas tu..benda ni kadang2 nampak macam tak normal,tapi bagi sesetengah orang,benda ni biasa je(sebab dah biasa buat)..lepas tu muka menghadap ke arah tangki flush tu..eeuuwww!! hahahaha..

2. kalau tandas mencangkung,biasa la..duduk je la situ..takde sape nak marah..hehehe..

Alaa,benda ni normal je sebenarnya dalam komuniti kita..orang yang buat tu pun ada kat sekeliling kita jugak..kita je tak sedar..asalkan hajat tertunai takpe la..dan dia basuh hajat dia tu..hikhikhik..

P/s: sori kalau ada yang tak suka entri ni =)

Rahsia Tulisan

Pertama : Tekanan
i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit


Kedua : Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)


Ketiga : Kecondongan
i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang

iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah

iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)


Keempat : Kerapatan
i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut


Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z
i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri


Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana



Friday, May 13, 2011

Adab Membaca Al-Quran

- Membaca al-Quran secara khusyuk dengan menangis kerana sentuhan pengaruh ayat yang dibaca yang menyentuh jiwa dan perasaan.
Dalam hal ini, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Bacalah al-Quran dan menangislah, apabila kamu tidak menangis maka usahakan menangis kerana ayat yang engkau baca.” (Hadis Riwayat: Al-Bazzar).

Allah s.w.t juga menjelaskan sebahagian daripada sifat hamba-Nya yang soleh dengan firman-Nya yang bermaksud: “Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk.” (Surah Al-Isra’: Ayat 109).


- Membacanya dalam keadaan sempurna, suci daripada najis dan dengan duduk yang sopan dan tenang. Dianjurkan agar pembaca berada dalam keadaan suci.
Imam Haromain berkata: "Orang yang membaca al-Quran dalam keadaan najis, dia tidak dikatakan mengerjakan hal yang makruh akan tetapi dia meninggalkan sesuatu utama".


- Membaguskan suara membacanya, sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud: “Hiasilah al-Quran dengan suaramu.” (Hadis Riwayat: Ahmad, Ibnu Majah & Al-Hakim). Dalam hadis lain dijelaskan: “Tidak termasuk umatku orang yang tidak melagukan al-Quran.” (Hadis Riwayat: Al-Bukhari dan Muslim) .

Maksud hadis di atas ialah membaca al-Quran dengan susunan bacaan yang jelas dan terang makhroj hurufnya, panjang pendeknya bacaan, tidak sampai keluar daripada ketentuan kaedah Tajwid.


- Membaca al-Quran dimulai dengan isti’adzah. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan bila kamu akan membaca al-Quran, maka mintalah perlindungan kepada Allah daripada (godaan-godaan) syaitan yang terkutuk.” (Surah An-Nahl: Ayat 98) 

Apabila ayat yang dibaca dimulai dari awal surah, selepas isti’adzah terus membaca Basmalah dan apabila tidak di awal surah cukup membaca isti’adzah. Khusus untuk surat At-Taubah, walaupun dibaca mulai awal surat tidak perlu membaca Basmalah. Cukup dengan membaca isti’adzah saja.


- Membaca al-Quran dengan berusaha mengetahui ertinya dan memahami inti daripada ayat yang dibaca dengan beberapa kandungan ilmu yang ada di dalamnya. Firman Allah bermaksud: “Maka apakah mereka tidak memperhatikan al-Quran, ataukah hati mereka terkunci?” (Surah Muhammad: Ayat 24).

- Membaca al-Quran dengan tidak mengganggu orang sedang solat, dan tidak perlu membacanya dengan suara yang terlalu keras atau di tempat yang banyak orang. Bacalah dengan suara atau dalam hati secara khusyuk.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Orang yang terang-terangan (di tempat orang banyak) membaca al-Quran, sama dengan orang yang terang-terangan dalam sedekah.” (Hadis Riwayat Tirmidzi, Nasa’i, dan Ahmad).

Dalam hadis lain dijelaskan: “Ingatlah bahawa setiap hari dari kamu munajat kepada Rabbnya, maka janganlah salah satu daripada kamu mengganggu yang lain, dan salah satu daripada kamu tidak boleh mengangkat suara atas yang lain di dalam membaca (al-Qur'an).” (Hadis Riwayat: Abu Dawud, Nasa'i, Baihaqi dan Hakim).

- Dengarlah bacaan al-Quran. Jika ada yang membaca al-Quran, maka dengarlah bacaannya itu dengan tenang. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan tatkala dibacakan al-Quran, maka dengarlah dan diamlah, semoga kamu diberi rahmat.” (Surah Al-A’raaf: Ayat 204).


[sekadar berkongsi]

Thursday, May 12, 2011

Kancil lwn Evo..Terbaik La..

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kancil tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo 7 berhenti di sebelah kancil tadi.

"Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak "jawap pakcik tu simple aje....

"Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol"mamat nie bagi idea.

"worrait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam"

"Ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye. Dia pun jalanla.. dengan slow dan berhati-hati. 


Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo7.apa lagi,jiwa muda pantang dicabar, Dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak.Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal. Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.

Vrooommm......bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie...

"Over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah ferrari,sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye......... sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!'

Wednesday, May 11, 2011

Bosan

Bosan..inilah kawan baik aku sekarang yang sentiasa menjadi teman aku sekarang ni sampai la jumaat ni..aduss tak tau nak buat apa kat rumah sewa ni..housemates lain dah balik..nak lepak luar pun rasa malas,tak tau nak lepak dengan sape..bosan..bosan..bosan..sekarang ni baru aku tau ape maknanya bosan..


Nasib baik semalam aku menang tiket premier screening Priest kat Midvalley.. lepak dengan blogger PertJenol dan Faiz..ok2 la cerita tu..action best,tapi aku rasa kejap sangat.. sepatutnya ending tu kena lagi gempaq..2nd time menang tiket dari Nuufnang,harap ada lagi untuk kali ketiga dan seterusnya..dan aku harap dapat la BE macam kawan2 aku jugak..hehehe..takpe2,mana ada jalan senang nak kaya raya..kena la banyak usaha dulu beb..

Bosannya..tak tau nak buat pe sekarang ni!!!!!

Tuesday, May 10, 2011

Review Minggu Exam April 2011

Semua mesti dah rasa lega kan dapat habis paper dengan jayanya..satu sem punya syllabus dipulun dalam masa 2 minggu je..tak tau la hasilnya macam mana kan..tu nasib baik ada final exam hujung sem..kalau buat final exam hujung tahun,setahun sekali,kompem masa hujung tahun tu baru nak pulun semua subjek dalam setahun tu..tu aku cakap kat diri sendiri la,orang lain tak tahu la macam mana kan..sepanjang minggu exam aku ada la dok observe (observe katanya..macam la dia ni pandai sangat cakap omputih) perangai2 dan tingkah laku budak2 UiTM..hahaha.. takde keje kan nak perhatikan orang..suka hati dia la nak buat apa pun..takde lah,ni sekadar sharing je lah..

1. Bagi student2 Law,masa ni baru nak terhegeh2 lepak kat Cempaka sebab nak cari port best untuk study..sebelum ni memang nak pijak kaki kat Cempaka pun dah rasa semacam..Kelas pulak kunci,terpaksa la study kat gazebo kat luar tu..panas ke, sejuk ke, kena hujan ke, kena gigit nyamuk ke, tak kisah, asalkan boleh study..ada orang tu siap bawak Fumakilla lagi nak halau nyamuk..hahaha.. hmm harap2 sem depan ada la yang tergerak hati nak bukak kelas kat Cempaka tu malam2 time minggu study..

2. Populariti lecturer dan top student masuk top list ranking.. masa2 ni la baru nak cari lecturer,nak mintak soalan spot..nak buat baik dengan lecturer..sebelum ni duk ponteng je kelas dia (bukan aku)..dan masa masuk dewan exam baru nak tanya member kat sebelah apa nama penuh lecturer.. yang top student pulak, masa ni la masing2 dok mesej dan call diorang ni mintak tolong ajar..study group kat kedai mamak bagai..tapi takpe la,demi kejayaan masing2..

3. Muka stress..yang ni tak payah cakap, tengok muka sape2 pun stress time minggu exam..yela,final kot, sape tak stress..

4. Soalan spot di facebook..yang ni memang terbaik..masing2 blumba2 nak letak spot yang dia ada..tapi bagus la,kalau dia tak letak nanti orang kata kedekut pulak kan..tapi ada je student yang ada spot,tapi taknak share dengan orang lain..takut orang lain lagi pandai dari dia..hey come on la,exam masing2 jawab kan,kalau kita tu jawab perfect, perfect la markah..tak payah la nak fikir orang lain pandai ke tak..

5. Jadual makan berterabur..ada yang study sampai tak ingat pagi petang siang malam..sampai tak ingat waktu makan..ada pulak yang dah set time makan pukul brape sebab taknak kacau waktu study..

6. Nota dan buku jadi bestfriend.. kalau tak cukup nota,gi fotostat..siap mintak soft copy lagi sebab nak print..sebelum tido baca nota,bangun tido baca lagi,sebelum makan baca buku,tengok bola kat kedai mamak pun bawak nota..

*sekadar pemerhatian aku je..no offence..sebenarnya ni adalah 100th entry aku, tapi dah takde mood la nak tukar2 design semua ni..semuanya sebab exam..letih pun tak habis lagi..SELAMAT BERCUTI dan SEE U 4 BULAN LAGI~


Thank You Nuffnang [Siri 2] - Premier Screening Priest

Fuh lega..orang lain dari semalam lagi dok jerit MERDEKA untuk sem 5 ni..final exam kitorang selamat sudah melabuhkan tirai penutup untuk sem ini..paper INSURANCE??hmm ok2 je,aku pun tak faham apa yang aku tulis semalam..Alhamdulillah..yang penting semua kekusutan dalam kepala ni dah tak ada..bangun pagi ni rasa kosong je..tak nak buat ape..

Antara Scene dalam Priest

Dan aku rasa happy sangat sebab ni kali kedua aku menang tiket premier screening dari NUFFNANG untuk filem Priest..berbaloi la jugak dapat menang tiket ni lepas final exam..tiket wayang tu 9 malam ni kat Midvalley,tapi sampai sekarang tak tau lagi nak bawak sape ikut sekali..housemate kata taknak, epoy pulak keje sampai pukul 7 malam,so tak sempat kalau baru nak bertolak masa tu..jalan jam..arghh senang2 aku bagi je tiket ni kat kawan aku..kan senang.. takkan la aku nak gi tengok sorang2,loser gila..hahaha.. bulan lepas aku menang tiket tengok cerita Hop, pun hadiah dari Nuffnang..best gila..sape kata cite tu untuk budak2 je..orang veteran macam aku pun layan gak cerita tu..haha..orang yang cakap tu sebenarnya dia jelez sebab tak menang tiket ni..huahuahua..

Huh,dah lama aku tak update blog disebabkan masa yang terhad untuk study..sekarang ni dah free..boleh la kembali berblogging..dalam 4-5 hari sepanjang aku tak berblogging ni,ada la 2-3 benda yang aku rasa nak update..tapi nanti dulu la..ni adalah top list blog aku yang aku bakal post nanti..bukan sekarang..sekarang ni takde mood lagi..hehehe..

1. review sepanjang minggu exam
2. posisi orang duduk masa dalam tandas (ada la cerita di sebalik tabir..)
3. adab masa baca Quran (sharing)

Hehehe tunggu je bila2 aku post next entry ni..keep viewing my blog..kepada sesiapa yang bakal menghabiskan final exam pada hari ini,all the best!! buat yang terbaik untuk last paper ni =)

Wednesday, May 4, 2011

Nervous!!!

Esok 5hb kan??hmm nervous nya!! 2 benda yang bakal membuat hidup aku kucar-kacir esok..First,EXAM.. dah la tak habis baca lagi ni..takutnya...mintak jauh la dari benda-benda yang melalaikan aku dari mengingati semua yang aku baca ni..dan mintak2 la aku boleh keluar dewan esok dengan muka happy sebab boleh jawab.. masalahnya,duk main blog ni,aku boleh jawab ke soalan esok..??

Satu lagi benda yang mendebarkan hati aku..NUFFNANG!! aku dah join contest untuk dapatkan tiket free screening movie Priest..esok admin diorang akan keluarkan result sape yang menang..hmm nervousnya..harap-harap la menang tiket tu..so,ada la perasaan happy sikit dalam hidup aku..hahaha..ok2,dah takde masa ni,aku nak sambung study dulu ni..Wish me luck untuk dua2 benda ni esok..hehehhe..tambah2 untuk the first tu..Amin~

Manusia Itu Hipokrit

Susah nak tahu niat orang yang nak kawan dengan kita ni..tapi biasa lah,bila dah tergolong dalam spesies manusia,memang tak boleh lari dari sikap pura-pura ni..Betul ke kita berkawan dengan ikhlas?Kita pilih kawan pun sebab kita ada interest masing-masing..kalau tak,sape la nak berkawan dengan kita kan..

Walaupun ramai yang nafikan benda ni,tapi tu la hakikatnya..bukan nak tuduh sesape dalam kes ni (disclaimer awal2).. memang la ada orang yang berkawan sebab dia ikhlas,sebab dia satu kepala dengan geng dia tu..tak semua orang kat bumi ni hipokrit dalam berkawan..tapi still lagi atas sebab interest tertentu..tak percaya,tanya diri sendiri kenapa kita kawan dengan someone..sebab dia suka buat lawak,sebab dia kaya,sebab dia pandai,sebab dia ada sesuatu yang kadang-kadang kita perlukan dari dia..biasa la tu..aku pun mengaku aku berkawan dengan sesetengah orang tu sebab ada kepentingan sendiri..


Kalau kita nak tahu orang tu ikhlas ke tak berkawan dengan kita,orang tu akan datang dan terima kita sebagai kawan dia walaupun dia tak tahu background kita macam mana..dan dia akan datang kepada kita walaupun dia tahu kita dalam kesusahan..susah nak cari kawan yang betul-betul kawan ni..Haish~

"Selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari" -Saidina Ali

Sekadar nak berkongsi je..


Tuesday, May 3, 2011

Wanita Dibunuh Kerana Enggan Terima Lamaran

ALOR SETAR: Hanya kerana enggan berkahwin dengan teman lelakinya, seorang wanita berumur 23 tahun ditikam hingga mati di bilik sewaan lelaki itu di Taman Mahkota, Jalan Stadium di sini, malam tadi. 

Mayat Ratna Sufizzah Riyanti Omar ditemui pada jam 11 malam dengan kesan tikaman di perut, dada dan tangan.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan, berkata kejadian dikatakan berpunca wanita itu menolak lamaran teman lelakinya yang berusia 50 tahun menyebabkan lelaki terbabit berang dan bertindak luar kawalan.
"Suspek yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran di sini sejak sebulan lalu menyerah diri di balai polis di sini kira-kira jam 1.30 pagi dengan membawa pisau yang digunakan untuk membunuh mangsa setelah dinasihatkan oleh majikannya. 

"Suspek mengenali mangsa sejak lima hingga enam tahun lepas. Suspek telah mempunyai keluarga di Johor," katanya pada sidang media di sini, hari ini. 

Difahamkan wanita yang berasal dari Kampung Balik Bukit, Tobiar, Pendang itu bekerja di sebuah kilang di Gurun selepas menamatkan pengajian dalam bidang Sains Nukleas di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Ogos lalu. 

Adzaman berkata, lelaki itu akan direman bagi membantu siasatan. 
Kes akan di siasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati. 

Mayat wanita itu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk bedah siasat. 

Sementara itu, keluarga wanita berkenaan yang ditemui di bilik mayat HSB enggan ditemubual. - BERNAMA


sumber: Berita Harian

Hish,macam ni punya kes pun ada..so kepada sesape student law UiTM yang nak ada paper Criminal Law,ni boleh dibuat case reference ni..hehehe..tapi court belum decide lagi..so,amik pengajaran je la dari berita ni ok~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...