Saturday, August 27, 2011

Kawan Encik Jais Ni Buat Hal Laa..

Satu lagi malam kemenangan buat Seman Wheelie. Terbeliak matanya mengira wang yang dimenanginya setelah mengalahkan Awang Neo dalam perlumbaan tadi. Khusyuk mengira, tidak disedari lansung dek Seman yang Ani, antara gadis yang paling anggun di kawasan Pertama Kompleks, sudahpun membonceng motornya.

Didakapnya Seman dari belakang sambil berbisik manja ke telinga Seman,

"Bang, bawakla Ani balik malam ni. Ani sunyi la tido sorang-sorang nanti..."

Jari jemari Seman yang asyik mengira wang sejak tadi tiba-tiba berhenti. Kepalanya yang terhangguk-hangguk menunduk terus terdongak dek lambaian suara manja Ani yang menghembus ke telinganya. Seluruh badannya kaku, tergamam sejenak bagaikan dipanah petir.

Tanpa berkata apa, terus disumbatkan segala wang kertas ke dalam dompetnya lantas dipakaikan kepada Ani topi keledar lebih yang sentiasa dibawa kemana-mana untuk situasi-situasi sebegini. Dihidupkan enjin RXZnya lantas laju Seman memecut meninggalkan rakan-rakan sekumpulannya.

"Seman Seman... sen pun kau dapat... mambang pun kau dapat malam ni... memang malam kau la ni..."

Kata Raz, rakan karib Seman kepada dirinya sendiri.

Dalam perjalanan pulang, segala peluang untuk mencilok ruang dicelah-celah kereta tidak ditinggalkan oleh Seman. Apatah lagi, semakin kuat dia menekan minyak, semakin kuat jualah pelukan Ani. Segala jenis lampu isyarat dan bonggol tidak diendahkan Seman.

"Hehe... orang cakap pompuan ni kalau lu bagi dia takut-takut, nanti dia lagi ghairah..."

Fikir Seman di dalam benaknya sambil laju dia memecut ke dalam kawasan rumah flatnya.

Tanpa membuka topi keledar, terus dipimpin Ani naik ke rumahnya di tingkat sembilan. Di dalam lif, hati Seman berdebar-debar memikirkan rancangan seterusnya. Matanya tajam merenung susuk tubuh Ani yang tidak ubah seperti model jamu yang menjadi pujaanya.

Makin dekat mereka ke rumah Seman, makin kuat debaran hati Seman. Sampaikan tangannya menggigil masa membuka pintu. Sebaik masuk ke dalam rumah, lampu kalimantang yang malap dipasangnya.

"Ini macam baru romantik. Ani duduk dulu ye, bang Seman nak mandi jap..."

"Ala bang Seman, tak payah mandi la... meh la duduk sebelah Ani ni. Boring la sorang-sorang..."

Gedegang! Topi keledar yang dipegang Seman terjatuh dek pujuk rayu Ani.

Terketar-ketar dia berjalan ke arah Ani yang sudah pun terbaring di atas sofanya. Berderau darah Seman melihat Ani. Perlahan-lahan ditumbangkan badannya. Jari-jemarinya Seman mula nakal. Gelak tawa kecil Ani bagaikan menaikkan lagi nafsu Seman yang sudahpun membuak-buak. Ani akur, merelakan dirinya diexplore oleh Seman.

"Tok! Tok! Tok!"

Bunyi ketukan pintu rumahnya tiba-tiba membantutkan gerak-geri Seman.

"Jais... Jais..."

Suara seorang lelaki sedang melaung diluar pintu.

Seman terkedu. Degup jantungnya kini sepantas motornya tadi. Dipalingnya ke kanan dah ke kiri; tiada tempat untuk sembunyi. Hanya tingkap rumahnya menjadi jalan keluar. Tanpa menghiraukan ketinggian rumahnya, Seman terus terjun keluar tingkap sambil bergayut pada engsel tingkapnya.

"T...t...takpe takpe Ani. Gi tengok sapa tu, c...cakap ni rumah Ani. Dok sorang kat s...sini. Abang Seman cuba g...gayut kat sini..."

Kata Seman tergagap-gagap dalam ketakutan.

Ani terus ke pintu dan bila dibukanya, seorang lelaki dalam umur 30-an sedang berdiri sambil bertanya,

"Ni rumah encik Jais ke?"

Ani tergamam.

"Tolooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooong..."

Sayup tedengar suara Seman dari luar tingkap. Ani terus bergegas dan bila dijenguknya ke luar, mayat Seman sudahpun terdampar di tengah jalan.


P/s: jangan ada yang terbatal puasa pulak ye =)

Friday, August 26, 2011

Pantun Raya 1 Malaysia

Kelantan...
Make ike cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo toksir laju
Nati rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang 


Thursday, August 25, 2011

Jejari Yang Tak Berapa Nak Runcing

Hi uollss.. ni iollss.. gitteww.. wahaahahhaha.. sekarang ni ada blog counter-jejari runcing a.k.a Elia yang makin meletup uollss.. amboih kau, aku pun terikut gaya tulisan ahkak puaka sekali ke? hahaha.. sape tak kenal Elia si jejari runcing ni.. tak perlu la aku terangkan dengan lebih lanjut.. nanti ada yang kena saman tak tentu pasal.. tadi belek2 facebook, ternampak la satu link dari Annur Hadi ni duk kecoh2 pasal blog 'SORRY JEJARI I X RUNCING UOLLSS' a.k.a ahkak puaka yang aku sebut tadi.. aku pun klik la....

gambar ni sekadar hiasan la uollss!

Seronok gak baca entri dia ni, gaya bahasa dengan lentok gediks dan berpuaka tu membuatkan entri dia semakin menarik untuk dibaca.. hehehe.. tambah2 apa yang dia nak cerita dalam blog dia tu.. aku pun tak sure setakat mana betulnya cerita ahkak ni.. tapi cerita dia memang menarik.. pasal 3-4 watak yg sebenarnya berlaku dalam dunia realiti ni.. bila dibaca,aku rasa logik la watak2 tu refer pada Khairul Fahmi, Elia, mak dia dan kakak Khairul Fahmi.. aiii tak habis2 lagi ke cerita pasal diorang ni?

Nak komen lebih pun aku tak berani sebab aku tak berada di tempat kejadian.. aku cuma baca blog si ahkak ni.. pengajaran di sebalik kisah dan sketsa dalam blog ni, bagi orang yang sedang hot ber'couple' tu, tak payah la nak kecoh satu dunia yang awak tu ada gf/bf or tunang.. even yang dah kahwin pun, tak payah la nak over2 sangat kat facebook tu nak cakap2 sayang.. padahal kat rumah pun boleh cakap benda tu.. tak perlu la nak expose sangat kat orang lain yang awak tu bahagia.. bila dah jadi macam si Elia ni, baru la nak pasrah.. kita kena ingat, manusia ni ramai yang tak suka tengok orang lain happy dan bahagia.. depan2 puji, tapi kat belakang, mulut mengata macam longkang.. kat mana2 pun sama je, kat UiTM ni pun macam tu gak.. so, kalau bahagia sangat dengan pasangan tu, tak perlu lah nak heboh satu dunia.. diam2 cukup..

Rasulullah S.A.W Dengan Sebiji Limau

Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. 


Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." 

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Wednesday, August 24, 2011

Kisah Cinta & Kawan



Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung ...
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga ... Kenapa??
Kerana ... CINTA itu buta..
Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa??
Kerana ... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA!!
Di dalam telaga CINTA hilang ... Kenapa??
Kerana ... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...
Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu .. Kenapa?? Kerana ... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia ... kan?-?
So, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI ....
Walau kita punya couple, ... teman still paling setia.
Walau kita punya harta banyak, ... teman still paling berharga.

Doakan Nenek Saya

Semalam nenek saya telah dimasukkan ke Hospital Universiti Kubang Kerian kerana mengalami pendarahan dari bahagian bawah.. tengahari tadi menjalani pembedahan kerana dipercayai ada kebocoran pada bahagian usus.. mungkin disebabkan kesan ubat yang dimakan sebelum ni.. hampir 4 jam dalam dewan bedah, baru la operation selesai.. tapi nenek saya masih berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.. dia terpaksa menggunakan bantuan alat pernafasan untuk bernafas.. sekarang ni terlantar di ICU.. harap semua tolong doakan keselamatan dan kesihatan nenek saya..

Tuesday, August 23, 2011

Tolong Kejutkan Saya!

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya."

Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya.. "Sudah sampai Ipoh belom?"

Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya. Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!"

Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,

"Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?"

Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!"

Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.

Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang.. 

"Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata.. "Oh sudah sampai ya!"

lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan.

"Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!"


 

Jangan Jatuhkan Air Mata Seorang Ibu

Hadith dari Anas bin Malik r.a: Nabi s.a.w pernah menceritakan tentang dosa-dosa besar. Baginda bersabda: Menyekutukan Allah, mengherdik kedua-dua ibu-bapa, membunuh dan berkata dengan kata-kata palsu.

Petikan dari surah al-Israa [23] 'Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha” dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).'

Anak-anak sepatutnya berbuat baik kepada ibu bapa seperti mana ibu bapa berbuat baik kepada mereka, mudah-mudahan anak-anak mereka nanti berbuat baik kepada mereka sebagai balasan kepada perbuatan baik mereka. 

Dalam sebuah hadith disebut: "Berbuat baiklah kamu kepada kedua ibu bapa kamu,nescaya anak-anak kamu akan berbuat baik kepada kamu".


Syurga di bawah tapak kaki ibu

Dari Mu’awiyah bin Jahimah yang datang kepada Nabi S.A.W. dan berkata: "Wahai Rasulullah, aku ingin pergi perperang, aku datang untuk meminta pandangan-mu." Nabi S.A.W. bertanya: Apakah kamu mempunyai ibu? Jawabnya: "Ya". Sabda Nabi S.A.W.: Peliharalah (berbuat baiklah kepada) dia, sesungguhnya syurga berada di bawah dua kakinya.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra katanya: “Seorang lelaki datang kepada Nabi saw lalu berkata: “Siapa yang paling berhak untuk aku melakukan ihsan dalam persahabatan dengannya?” Nabi saw menjawab: “Ibu kamu.” Kemudian siapa lagi? Nabi menjawab: “Ibu kamu.” Kemudian siapa lagi? Nabi menjawab: “Ibu kamu.” Kemudian siapa lagi? Nabi menjawab: “Bapa kamu.”

Dalam hadith ini menunjukkan keutamaan berkhidmat kepada ibu 3 kali ganda melebihi khidmat kepada bapa kerana Nabi saw menjawab tiga kali ibu dan bapa disebut yang keempat.

Jangan kamu benci kepada bapamu.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda; “Jangan kamu benci kepada bapamu. Siapa yang benci kepada bapanya, kebencian itu bererti kekafiran (kufur nikmat) Kufur nikmat dalam hadith ini bermaksud tidak mengenang jasa ibubapa yang membelanya sejak dari kecil.

Luqman mendidik anaknya agar berterima kasih kepada ibubapa di atas susah payah dan jerit perih mereka membesarkan dan mendidik anak dengan segala macam pemberian dan kebaikan untuk anak tersayang. Tunaikan hak keduanya terutama kepada ibu. Kerana ibu bersusah payah menanggung penderitaan bermulanya dari proses mengandung sehinggalah melahirkan anak,menyusu sehingga tamat tempoh berakhirnya penyusuan selama 2 tahun dan mentarbiyah anak siang dan malam. 


Sesungguhnya ketaatan kepada ibubapa walaupun berlainan agama adalah wajib diikuti kecuali pabila disuruh mengerjakan maksiat dan meninggalkan amal ibadat yang disyariatkan oleh Islam. Maka ketika itu haram mentaati perintah itu. 

Lihatlah tingkatan terima kasih (syukur) yang ditonjolkan melalui wasiat ini. Terima kasih/kesyukuran kepada ibubapa datang selepas syukur kepada Allah s.w.t.. 'Logiklah' bahawa ucapan terima kasih/syukur ini pertama-tamanya buat Khaliq (pencipta). Selepas itu barulah diikuti pula buat makhluk yang didahului oleh ibu bapa yang tercinta.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 14 surah Luqman yang bermaksud:
"Dan kami wasiatkan (perintahkan)kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan di atas kelemahan dan menceraikan menyusu dalam 2 tahun. Bersyukurlah kepadaku dan kepada ibu bapamu! Kepadaku tempat kembali"

P/s: buatlah baik kepada kedua ibu bapa kita sementara mereka masih ada.. jangan nanti dah terlambat baru nak menyesal.. nasihat untuk kawan-kawan dan diri sendiri.

Monday, August 15, 2011

Kuantan Oh Kuantan~

[Ini adalah auto-post entri]

Terkenang sebuah memori lalu
Kisah persahabatan kita bersama
Di dalam satu pengajian
Menuntut ilmu dan pengalaman~
(Shoutul Amal- Nostalgia)

Assalamualaikum.. time2 puasa macam ni, teringat pulak kenangan bulan puasa masa aku kat UiTM Kuantan (2007-2008).. tempoh yg paling best dalam hidupaku.. pastu g bukak folder gambar kat lappy, tengok balik gambar dolu-dolu.. saat-saat remaja yang terindah, tak bisa terulang.. adus lagu Ku Bahagia ni bisa menyengat sebab aku n member2 aku pernah edit lagu ni untuk buat persembahan sempena hari kemerdekaan, if i'm not mistaken.. hehe..



Teringat balik waktu nak sahur.. kena kejut Datuk Tembam nak bangun sahur, punya la liat nak bangun.. dia ni tak biasa bangun sahur.. sampai aku gi beratur amik nasik kat dining hall untuk dia, bawak naik ke bilik suh dia makan.. baru la dia makan.. tu pun makan sikit je.. kalau lauk ayam baru la makan banyak sikit, lau ikan, haram dia takmau sentuh.. time weekend,ada gak aku main mesej dgn member2 dari malam sampai pagi semata2 nak tggu sahur, sebab kalau dah tidur tu, memang malas gila nak turun pergi dining..


Venue time bukak puasa.. Kuantan tu takde la besar mana pun,tapi walaupun kitorang takde transport masa tu, banyak gak r tempat yang dah jadi port untuk bukak puasa.. masa 1st sem, tak banyak sangat makan kat luar sebab duit elaun tak masuk lagi masa tu.. so nak makan kat luar,kena la bajet cukup2.. penah makan dekat Kedai Makan Dik, Medan, Pantai Gelora, Restoran Nelayan.. walaupun tempat tu nampak je x gempak, tapi bagi aku tu tempat paling best.. menu yg paling aku suka time tu NASI AYAM GORENG BOXING.. ayam besar dan mantap dan murah.. 

Datuk Tembam depan Big Apples

Bila dah naik sem 3, dah maju la sikit sebab duit elaun ada.. ingat lagi Jerry blanja makan Johnny's.. perghh terbaik.. masa tu xtau lagi status halal haram restoran tu..orang nak belanja,redah je la.. hehe.. beli supper kat East Coast Mall -Big Apples.. petang2 pergi pusing bazar ramadhan kat stadium.. penah gak bukak puasa kat padang hoki apa ntah,dah lupa nama tempat tu, pastu kat Restoran Taj tepi Megamall, Taj kat Terminal Makmur.. nasi kandar dgn air soya.. best2.. Kedai 'meja hijau' or kedai 'abang gay' kat Bukit Sekilau pun jadi pilihan.. nasi koboi tu dah jadi moreh lepas terawih n reserve untuk sahur.. hahaha..



Terawih? masa 1st sem dulu rajin gak la.. kadang2 buat sendiri sama2 student kat surau kastam tepi UiTM Padang Lalang.. kalau rajin sikit,tunggu bas pergi Masjid Besar Kuantan.. ada gak pergi masjid yang kat hujung Pantai Gelora..dah lupa r nama masjid tu.. masa 3rd sem,dah mula malas.. kena pindah duk kat Bukit Sekilau.. ada la surau kat tepi tu..tapi surau tu lambat sikit..hehe.. kadang2 pergi la masjid sekilau.. 9.30 kompem dah habis.. huhu orang lain kejar amal ibadat bulan puasa, aku ni ntah la.. xpe, buat apa2 pun kena ikhlas.. bukan niat lain..

P/s: seronoknya kalau dapat kembali ke masa lalu..

Masuk Belajar Balik Di UiTM Setelah Cuti 4 Bulan!

[Ini adalah auto-post entri]

Assalamualaikum..bagi pelajar UiTM, tajuk entry ni dah familiar di kalangan pengguna facebook.. kan ada group event yg ajak ramai2 masuk uitm tu.. aku x jawab, sebab mungkin aku attend, atau NOT ATTENDING! (for the first class on Monday..perhaps)..hehe.. bukan xde mood, tapi jiwa tu tak berapa kuat lagu nak melangkah masuk ke uitm.. hadoi, mana la perginya azam aku lepas result kuar aritu.. tiap2 result kuar, mesti ada je azam aku untuk next sem.. camne nak capai target kalau first day pun semangat ni suam-suam kuku je.. kena seru balik semangat 4 bulan cuti ni..


Dalam event kat fb ni, aku suka sangat respond student2 uitm sebelum melangkah balik ke uitm lepas raya nanti.. macam-macam post diorang.. ada yang suka, ada yang tak suka (confirm la ramai).. ni aku copy n paste balik post2 student UiTM yang berdedikasi tu..hehehe..

"Wah rindunya nk buat assignment , presentation..tidur smpai kul 2 ke 3 pagi utk buat assignment last minute..huhu.."

"x sbar nak jumpa lecturer pompuan yang santek2..haha"
"Elok tambah 4 bulan lagi cuti tu...biar xingat lgsg jalan nak masuk uitm...wakakakakaka:-)"
"k0mpem tulisan jadi h0d0h sket awal2 sem kann..haihh..kena prektis ni !!"
"xsabau nyer nak masok class yg ada air-cond, jumpe pakcik bus rapid pepagi buta... rindu nak naik bukit yg xbape nak tgi tue, xsabau nak mkn kat cafe kat menara... xsabau nak eeee, xsabau la nak buat sume nyer... kui kui kui kui... (tgn di dada, mata pandang ke atas) (^_^)v"
"rindu buli lecturers & kawan2.." --> komen aku: wah kau,hebatnya sampai lecturer pun ko buli..haha
"nak pegang pen mesti da x reti...tulisan mesti jadi buruk....hahahaha"
"saya memang bersemangat nak masuk ni..siap dah packing baju sikit2..hahaha..(^_^)v"
wahaha 'bagus' betul student UiTM ni kan..tapi UiTM sentiasa di hatiku~

Tuesday, August 9, 2011

Doktor Cinta

Assalamualaikum dan selamat petang.. sambil2 tunggu nak bukak puasa sambil update blog.. orang lain pergi mengaji, wat keje2 berfaedah, aku duk mengadap je depan laptop ni.. hehe.. semenjak dua menjak 3 menjak 4 menjak ni, ada la dalam 2-3 orang datang kat aku.. bukan datang,tapi mesej je.. hehe.. mintak nasihat dalam hubungan cinta diorang ni.. dalam seminggu tu ada je yg mesej.. yang mesej tu, ada yang dari kursus sama dengan aku, kursus lain dan yang dari U lain pun ada.. aii,,aku ni dah tukar profession ke? dah jadi doktor cinta pulak.. nama orang yg mintak pendapat dan nasihat aku tu biarlah aku rahsiakan.. tak baik kita buka aib orang.. aku kat sini sekadar nak berkongsi..


Yang aku nak cerita kat sini bukan lah aku berbangga sebab jadi sumber rujukan 'klien' aku ni.. tapi aku pelik kenapa 'klien2' aku ni pilih aku sebagai rujukan.. diorang tak check dulu ke background silam aku yang penuh dengan sejarah hitam.. wah,drama la pulak.. hahaha.. dengan status aku sekarang ni yang single mingle, rasa segan la pulak nak bagi nasihat.. tapi kita kena sentiasa jadi pendengar yang baik.. kalau tak mampu tolong diorang settle kan masalah, tolong comfort kan pun jadilah.. 

Bila fikir lama2, bagus gak tu, boleh aku asah bakat jadi motivator pulak kan.. tapi tak tau la nasihat yg aku bagi tu menjadi ke tak.. ayat cliche aku "sabar,amik masa pikir dulu, nanti ko gak nyesal" something like that la..haha.. but when i talk to them, i really mean it.. asyik aku je yang motivate orang lain, masalah aku ni sape nak tolong motivate kan..huuuaaa.. ok,noktah.

Monday, August 8, 2011

Manchester United Julang Community Shield 2011

Belum terlambat untuk aku ucapkan tahniah kepada MUFC atas kemenangan dramatik 3-2 semalam ke atas pasukan yang banyak berbelanja, Manchester City.. tak sia-sia aku tunggu depan tv walaupun MUFC dah ketinggalan 2-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan Lescott dan Dzeko.. pemain MU  banyak kuasai bola pada separuh masa pertama tapi nasib tidak menyebelahi skuad The Red Devils..


Starting line-up: Manchester United- De Gea, Smalling, Ferdinand, Vidic, Evra, Nani, Carrick, Anderson, Young, Rooney, Welbeck..
Manchester City- Hart, Richards, Kompany, Lescott, Kolarov, Yaya Toure, De Jong, Milner, Balotelli, Dzeko, Silva..

Manchester United tampil dengan aksi yang lebih cemerlang pada separuh masa kedua dengan jaringan Smalling dan Nani.. gol paling mantap hadir pada minit ke-57 hasil passing bola di dalam kotak penalti yang lawa.. gol kemenangan dihadiahkan oleh Nani pada minit ke-90.. Terbaik la MUFC.. Glory Glory.. Rekod lepas membuktikan sudah 4 musim di mana pasukan yang menang trofi Community Shield akan memenangi liga Inggeris musim tersebut..

Sunday, August 7, 2011

Kurma Pulih Darah Tinggi

Ramai yang telah sedia maklum bahawa nenek aku tengah sakit sekarang.. Jumaat lepas, sedara kami Poksu Mat Zain mai melawat kat umah.. nenek aku takde penyakit darah tinggi pun, tapi sekadar nak berkongsi ilmu yang aku dapat dari dia.. petua yang ni pun dia dapat dari seorang Cina masa dia kat Tumpat.. kalau ada sesiapa yang ada penyakit darah tinggi, better try la.. Insya Allah menjadi..


Ambik 3 biji kurma dan direndam ke dalam cuka nipah semalaman.. lepas tu keluarkan kurma yang direndam tu (cuka nipah jangan dibuang dan kurma yang direndam tu jangan dibasuh).. baca selawat 3 kali dan makan kurma itu.. ulang sehingga 2 hari berturut-turut.. Insya Allah kadar tekanan darah tinggi tu akan menurun.. petua ini telah dicatat oleh doktor untuk dibuat kajian =)

Saturday, August 6, 2011

Lirik Takbir Cinta - Amy Search


Malam kelam, tangis hujan
Ratib hiba pengharapan, kurintihkan
Kerinduan, keterangan
Ketenangan yang telah hilang
Sinaran keyakinan

Takbir cinta
Ku beralih memberinya lebih makna
(ku beralih membangkitnya dari lena)
Pada janjiku di dalam doa
Ku memanggil menaruh noktahnya

Tabir masa, tadbir Esa
Qurban cinta kerana-Nya
Pilihan akhirnya

Takbirku pada Mu, yang tahu rahsia
Yang terpendam di dalam nan sedalamnya
Cinta-Mu yang seindah dan sesungguhnya

Malam kelam, tangis hujan
Ratib hiba pengharapan, kurintihkan

Malam ini malam sakti
Ku berjanji sungguh hati
Kalam ini tulus suci
Nyata kini aku pasti


Friday, August 5, 2011

Tertinggal Isteri

Seorang lelaki kelihatan memandu laju dan berhenti di depan dewan bersalin. kemudia beliau turun dari kereta dan tergesa-gesa berlari ke dalam dewan bersalin. Tidak lama kemudian, kelihatan seorang jururawat menolak lelaki tersebut yang sedang pengsan di atas kerusi roda. Rupa-rupanya beliau tertinggal isterinya yang hendak bersalin di rumah!!!


P/s: blog aku bukanlah berunsur keagamaan sangat.. blog ini sekadar tempat luahan secebis hati aku.. bukan lah seperti sesetengah orang tu yang menggunakan unsur-unsur agama untuk menarik perhatian seseorang.. hidup biar ikhlas~

Thursday, August 4, 2011

Fantasy Football Manager Kembali

Macam ni la hidup aku..sentiasa hidup dalam fantasy.. sepi secara realiti tapi sentiasa happy secara imaginasi.. tapi takpe, selagi hidung ni menghembuskan nafas, aku tetap akan survive dalam hidup aku.. hanya mengagumi tanpa dicintai.. dah jadi perkara biasa dalam hidup ni.. hati ni dah kalis.. hehe..

Ni saja je nak promote game fantasy yang aku main dari aku Form 3 lagi (2004).. 2-3 tahun sebelum ni berhenti jap,bagi laluan kat team lain untuk tunjuk bakat terpendam.. haha.. sekarang ni aku kembali beraksi, mencuba peluang dan nasib untuk musim baru EPL 2011/2012.. dengan pertukaran nama team kepada Aumm Aumm FC, team aku pasti mengaum.. haha. (mengaum la sangat).. sape2 bloggers yang berminat nak main Fantasy Football ni, jom la kita create league group baru untuk para bloggers.. kita tengok blogger mana paling mantop.. hahaha.. kalau ada telor la.. ada beran?


P/s: Salam takziah kepada bapa saudari Hajar dan saudara Makram Musa yang baru sahaja meninggal dunia..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...